Header Ads

Rosmah Tiada Kaitan Dengan Skandal 1MDB - Peguam


KUALA LUMPUR, 26 Jun — Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ada kaitan dengan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata peguam.

Laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai dalang kes itu hanya mahu memburukkan nama anak guamnya, kata Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K. Kumaraendran.


Loading...

“Anak guam kami tidak ada kaitan, secara langsung atau tidak langsung dengan operasi seharian syarikat yang disebut, malah tidak ada kaitan dengan pengurusan kewangan atau melantik individu untuk menguruskan firma itu,” kata mereka dalam kenyataan.

“Oleh itu mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor secara langsung dengan 1MDB dan menuduhnya, kami bimbang ia satu cubaan untuk mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan, dan lebih buruk usaha untuk mencalarkan imej Datin Seri Rosmah Mansor.”

WSJ dalam laporannya mendakwa Rosmah, 66, mungkin berdepan tuduhan jenayah kerana menjadi dalang utama tindakan Najib berhubung urusan 1MDB.

- Projek MM

No comments

Loading...