Header Ads

Rosmah Lantik Peguam Baru Temani Ketika Siasatan SPRM


Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik sebuah pasukan peguam baru bagi menemani beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent akan mengiringi Rosmah ke SPRM.

Loading...


"Ya saya dan Geethan mewakili Rosmah tetapi bukan (Datuk Seri) Najib (Razak)," kata Kumaraendran ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain bekas pendakwa raya kanan, Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam kanan M Puravalen dikatakan telah menarik diri mereka daripada mewakili pasangan itu.

Puravalen dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata:

"Saya dan Yusof telah berhenti daripada mewakili Najib, saya juga telah menarik diri daripada mewakili Rosmah," katanya.

Sekiranya benar, ini adalah kali kedua peguam Najib dan Rosmah telah menarik diri daripada mewakili pasangan itu.

- Malaysiakini

No comments

Loading...