Header Ads

Rosmah Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM


PUTRAJAYA - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM menaiki kereta Mercedes Benz dengan plat pendaftaran WQF 11 pada pukul 10.45 pagi, beliau yang memakai baju kurung berwarna biru merah terus memasuki bangunan SPRM, lapor Utusan Online.


Loading...

Turut kelihatan hadir bersama Rosmah ialah anak perempuanya, Nooryana Najwa Najib dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam, K. Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Rosmah hadir selepas dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Notis yang memerintahkan Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi hari ini bagi memberi keterangan diserahkan pada Jumaat lalu di kediamannya di Jalan Langak Duta, Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.


Terdahulu kira-kira 100 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di ibu pejabat SPRM sejak pukul 7.30 pagi untuk menunggu ketibaan Rosmah walaupun isteri bekas Perdana Menteri itu dijadualkan memberi keterangan pada pukul 11 pagi.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipanggil sebanyak dua kali oleh SPRM untuk memberi keterangan berbubung kes yang sama iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu yang mengambil masa lima hingga tujuh jam.

No comments

Loading...