Header Ads

RON97 naik 19 sen


HARGA petrol RON97 dilihat naik 19 sen bermula jam 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh seminggu, hingga 13 Jun ini.

Loading...

Pengumuman mengenainya dibuat di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, petang semalam.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, bermula hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara apungan terurus pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun ini.

Beliau berkata, berkata harga itu juga akan diselaras setiap minggu.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini sudah mencecah AS$76 (RM302) setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara AS$87(RM345) hingga AS$88 (RM349) setong, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.


“Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU14, harga RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan juga sudah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

-mymetro

No comments

Loading...