Header Ads

Remaja gergaji leher sendiri


PEMUDA mati disyaki menggergaji leher sendiri selepas dipercayai dihalang mengikuti aktiviti kumpulan keagamaan oleh ibu bapanya di Taman Nuri, dekat Batu 7, Sandakan, semalam.

Loading...

Mayat pemuda berusia 19 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan berlumuran darah di belakang dapur rumah pada 12.30 tengah malam.

Difahamkan, hasil pemeriksaan terhadap fizikalnya mendapati mangsa parah pada leher dan badan disyaki kesan gergaji sepanjang 30 sentimeter.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pemuda itu dilaporkan mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu selepas ibu bapanya melarang dia mengikuti aktiviti keagamaan.

“Lelaki ini adalah ahli kumpulan keagamaan yang aktif di daerah ini. Siasatan awal mendapati dia dibawa ke Lapangan Terbang Sandakan untuk dihantar bekerja di Kuala Lumpur, kelmarin namun dia enggan pergi sebelum dibawa pulang ke rumah.

“Selepas pulang dia tidak berbual dengan ibu bapanya sehinggalah ditemui terbaring dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah,” katanya ketika dihubungi.


Mohd Azhar berkata, ketika ditemui tangan kiri mangsa masih memegang sebilah gergaji yang terletak pada dada.

“Pemeriksaan ke atas mayatnya tidak menemui sebarang luka akibat pergelutan. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

-mynetro

No comments

Loading...