Header Ads

Ramai Orang Umno Mahu Lompat Bersatu


Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu kini mendapat permintaan tinggi di kalangan ahli-ahli Umno.

“Terdapat banyak permintaan daripada ahli-ahli Umno. Saya telah jelaskan ahli biasa Umno kalau mereka sokong Pakatan Harapan (Harapan) boleh menyertai Bersatu.

Loading...


“Tapi untuk pemimpin dan wakil rakyat Umno kita akan buat tapisan sama ada boleh terima ataupun tidak sebagai ahli Bersatu,” tambahnya.

Dr Mahathir, bagaimanapun menyatakan, beliau dan Bersatu belum berbincang mengenai kemasukan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang berhasrat menyertai gabungan itu.

No comments

Loading...