Header Ads

Rais Yatim Sertai BERSATU


PUTRAJAYA – Tan Sri Rais Yatim menjadi ahli terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru diumumkan sebentar tadi.

Bekas pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim diumumkan menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohammad. 

Loading...


Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri Kabinet itu menerima kad keahliannya daripada Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis iftar parti itu di Putrajaya.

Penyertaan bekas menteri itu dibuat di hadapan lebih 1,000 anggota BERSATU pada majlis tersebut.

Sebelum ini Rais dilihat lantang mengkritik Barisan Nasional, terutama ketika menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Susukan kritikannya, beliau yang berusia 76 tahun dipecat dari Umno, bersama dengan pengkritik lain yang lantang bersuara, anatarnya Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz. – Malaysian Update

No comments

Loading...