Header Ads

Pulanglah Nisha, ayah risau...

EFFA Nur Hairunisha berpakaian sama ketika keluar rumah sejak 8 Mei lalu. FOTO Ihsan Mohd Nizal Elias

SEORANG bapa merayu orang ramai membantu mencari anak bongsu perempuannya yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu rakan lelaki sejak 8 Mei lalu.

Loading...

Pesara kerajaan Mohd Nizal Elias, 48, berkata dia amat bimbang keselamatan anak kesayangannya Effa Nur Hairunisha, 15, yang masih gagal dikesan meskipun sudah mencarinya termasuk membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya pada 9 Mei lalu.

Menurutnya, anaknya dipercayai keluar untuk bertemu dengan lelaki berkenaan di sebuah restoran di SS14, Subang Jaya.

Katanya, anaknya itu tidak pernah bertindak demikian sebelum ini, dan ini adalah kali pertama Nisha tidak pulang ke rumah.

“Saya merayu kepada orang ramai bantu mencari Nisha. Dia seorang yang sangat lurus dan saya bimbang keselamatannya.

“Kepada Nisha pula, tolonglah hubungi ayah atau keluarga. Kami sangat risau keadaan Nisha, lagipun Nisha perlu bersekolah,” katanya.


Katanya, orang ramai yang mengenali atau melihat Nisha diminta menghubunginya di talian 011-56780732 atau Adam (013-5841214) atau Erza Nur Fadzillah (0167052062), selain balai polis berdekatan.

No comments

Loading...