Header Ads

Pulangkan Hak Kami: Mawar Rashid


PELAKON, Mawar Rashid tampil mendedahkan dia dan beberapa rakan artis telah pun membuat laporan polis berhubung isu bayaran kerja tidak dibayar oleh agensi yang namanya tidak disebut.

Jelas Mawar, 24, menerusi Instagram miliknya, dia mendapat tawaran projek besar daripada syarikat berjenama melalui agensi tersebut.

Walau bagaimanapun, bayaran masih tidak dilunaskan sejak Oktober lalu meski syarikat berjenama itu sudah membayar kepada agensi terbabit.

"Assalamualaikum semua, Mawar nak minta jasa baik followers Mawar untuk doakan supaya Mawar dan artis2 lain mendapat HAK kami balik.

Loading...


"Ada seseorang individu ini, dia memiliki sebuah syarikat agensi. Mawar dapat tawaran untuk buat iklan digital Syarikat berjenama dari agensi tersebut.

"Mawar shooting selama dua hari. DUA HARI YANG FULL DAN SANGAT MEMENATKAN dan Mawar kena buat beberapa post berbayar dalam social media Mawar.

"Tetapi individu tersebut tidak membayar ‘payment’ Mawar. Dan yang paling menyedihkan ialah, Syarikat Berjenama itu sebenarnya dah bayar payment Mawar kepada individu itu dalam bulan sama yang Mawar shooting tu iaitu dari bulan October tahun lepas," tulis Mawar.

Menurut Mawar Rashid atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, terdapat beberapa rakan artis lain turut terkena nasib yang sama.

Katanya lagi, individu terbabit juga berjanji kepada Mawar dan rakan artis yang terlibat akan menjelaskan bayaran tersebut pada akhir Jun ini.

"Mawar tak faham kepada individu itu ‘hold’ duit Mawar lama sangat. (Bukan duit Mawar sorang je, duit Artis lain juga. Rasanya kalau campur boleh jadi ratus ribu kot).

"Lepas tu, dengarnya individu itu pergi bercuti luar negara sana sini mungkin telah pun habiskan duit kami? wallahualam

"Individu itu berjanji akan membayar duit Mawar akhir bulan ini," kata Mawar.

Sebagai langkah keselamatan, Mawar dan rakan artis telah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Namun sebagai langkah keselamatan Mawar perlu ambil keputusan untuk buat laporan polis terlebih dahulu kerana bukan Mawar seorang yang terkena. Ramai lagi Artis lain yang kena tipu dengan individu ini.

"Mawar harap individu ini menunaikan janji dan pulangkan balik hak kami semua.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami semua, @rajailya @chacha_maembong @awinnurin," tegas Mawar.

No comments

Loading...