Header Ads

Polis bantuan maut langgar kerbau


IPOH: Seorang anggota polis bantuan di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ipoh maut selepas motosikal ditungganginya hilang  kawalan sebelum melanggar seekor kerbau di Jalan Kledang Utara, Ahad.

Loading...

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa,  Zuraidi Mohd Radzi, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan  di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang Yamaha 135LC secara bersendirian.


Keadaan mangsa selepas terlibat dalam kemalangan.

Bagaimanapun menurutnya, tiba di lokasi kejadian, mangsa hilang kawalan lalu merempuh seekor kerbau.


“Mangsa cedera dan maut di tempat kejadian, mayat mangsa dihantar ke Hospital  Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments

Loading...