Header Ads

PM Mahu Runding Semula Bekalan Air Ke Singapura


Tun Dr Mahathir Mohamad mahu berunding semula perjanjian bekalan air yang ditandatangani sejak 1962 dengan Singapura.

Perdana menteri menyifatkan perjanjian itu melibatkan "kos terlalu tinggi" dan isu tersebut antara perkara "yang perlu diselesaikan," lapor Bloomberg.

Loading...


"Kami akan bertemu dan berbincang dengan mereka seperti manusia bertamadun," katanya dalam temubual di pejabatnya di sini.

Beliau sebelum ini bercadang membatalkan projek kereta api laju menghubungkan dua negara itu yang mencecah puluhan bilion ringgit.

Singapura bergantung hampir separuh keperluan airnya daripada bekalan Malaysia melalui perjanjian yang mula ditandatangani pada 1927.

Perjanjian 1962, yang bakal tamat pada 2061, menyumbang 250 juta gelen air mentah sehari kepada Singapura dengan harga 3 sen untuk 1,000 gelen.

Malaysia pula membeli air diproses dengan harga 50 sen untuk 1,000 gelen.

No comments

Loading...