Header Ads

PM: Kapal perang di perairan Malaysia 'tak sihat'

TUN Dr Mahathir (tengah) di sidang media selepas mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. -Foto AHMAD IRHAM MOHD NOOR

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata tiada kapal perang yang ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Loading...

Perdana Menteri berkata, kehadiran kapal perang di perairan Malaysia menggambarkan situasi tidak sihat.

“Ini adalah polisi kita, sudah tentu kita tidak boleh paksa, namun kita akan pastikan tidak akan ada kapal perang sekitar perairan Malaysia

“Apabila ada negara tertentu yang melihat negara tertentu melabuhkan kapal perang mereka di perairan Malaysia, mereka kemudian membuat permintaan yang sama, jadi ini sesuatu yang tidak sihat, katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini


Selain itu Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula dasar monopoli termasuk sama ada memansuhkan, memperluas atau mengehadkannya.

-mymetro

No comments

Loading...