Header Ads

Loading...

PM Belum Teliti Dakwaan Peruntukan RM256.9 Juta Agong


PUTRAJAYA - Dakwaan berhubung RM256.9 juta yang diperuntukkan antara Januari sehingga April kepada Yang Dipertuan Agong yang tular di media sosial belum diteliti kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum membaca artikel berkenaan.

Loading...


"Dengar orang cerita sahajalah. Saya belum tengok lagi," katanya.
Menurutnya, dakwaan tersebut akan diteliti untuk menentukan kesahihannya.

"Saya nak kena tengok dulu. Perbelanjaan untuk berapa tahun? Setahun ke, 10 tahun ke, saya tak tahu.

"Saya kaji, tengok. Saya maklum nanti," katanya ketika diminta mengulas mengenai artikel  ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin semalam.

Dalam entri di blognya, A Kadir berkata, secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

No comments

Loading...