Header Ads

PKNP Tolak Usul Bayar Pengarah Perak Corp


IPOH - Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk menolak semua usul pembayaran Fi Pengarah yang jumlahnya melebihi setengah juta yang diluluskan Perak Corp Berhad, kelmarin.

Menurutnya, pada Mesyuarat Agung Tahunan itu, PCB mencadangkan usul-usul meluluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM441,650 dan imbuhan pengarah berjumlah RM150,000 untuk tahun kewangan berakhir Disember 2017.

"Sebagai pengerusi PKNP yang memiliki saham majoriti dalam Kumpulan PCB, saya mengarahkan PNKP menolak semua usul di atas.


Loading...

"Kumpulan PCB mencatatkan kerugian RM340.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan sehingga tarikh tersebut, liabiliti kumpulan itu melebihi asetnya pada kadar RM158.5 juta," katanya.

Ahmad Faizal berkata, adalah tidak wajar imbuhan besar dibayar kepada pengarah-pengarah PCB berikutan prestasi kewangan tahun lalu tidak memberangsangkan.

"PKNP selaku pemegang saham terbesar menolak usul-usul tersebut, atas kepentingan rakyat dan negeri," katanya.

Pada mesyuarat itu, Datuk Dr S Vasan dan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menolak dilantik semula sebagai pengarah PCB manakala, Ab Rahman Mohammed pula meletakkan jawatannya sebagai pengarah sama.

Sebelum ini. PNKP turut menolak usul sama membabitkan pembayaran RM386,250 Fi Pengarah dan imbuhan pengarah kepada pengarah bukan eksekutif dengan nilai mencecah RM150,000 yang diluluskan oleh MajuPerak Holdings Berhad (MHB).

Ahmad Faizal menjelaskan perubahan itu selari polisi pentadbiran baru yang memberi keutamaan untuk memulihkan syarikat berkaitan kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan.

-Sinar Harian

No comments

Loading...