Header Ads

Pemilihan Umno Kulim-Bandar Baharu Kecoh


KULIM - Pemilihan kepimpinan Wanita Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu yang berlangsung pagi ini berlaku sedikit kekecohan apabila satu cawangan tidak dapat membuat pemilihan.

Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Mariyaton Ibrahim berkata cawangan Umno Banggol Rashid telah disahkan tidak menjalankan mesyuarat untuk melayakkan mereka membuat pemilihan.

Menurutnya, walaupun pelbagai alasan telah diberikan namun jawatankuasa telah sahkan mesyuarat tersebut tidak berlaku pada tempoh yang telah ditetapkan.

Loading...


“Cawangan Banggol Rashid tak lakukan mesyuarat, sebab itu tak boleh memilih hari ini.

“Kita terima alasan daripada mereka yang beritahu pada mulanya kata tak mesyuarat, tapi ahli buat mesyuarat tapi kita sahkan mereka tak buat mesyuarat,” katanya pada majlis Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Kulim-Bandar Baharu di sini.

Selain itu, penyandang Ketua Wanita Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Nazira Abd Rahim berkata fail mesyuarat sayap bahagian banyak yang tidak sampai ke pihak jawatankuasa.

“Fail wanita Umno banyak tak sampai kepada kita, mesyuarat ada fail tak ada, ada yang bagi alasan fail itu ada di pejabat Umno lah.

“Ini berlaku sedikit ketidaktetapan, kalau fail tak lengkap saya tak akan terima,” katanya.

Terdahulu kekecohan ini berlaku disebabkan beberapa ahli Cawangan Banggol Rashid ketika pendaftaran kira-kira jam 9 pagi tadi telah diberitahu tidak dapat menghadiri mesyuarat dan membuat pemilihan.

Perkara itu turut dibangkitkan beberapa perwakilan yang tidak berpuas hati mengenai isu terbabit ketika mesyuarat dilangsungkan.

No comments

Loading...