Pemilihan Puteri Umno Bukit Bintang Kecoh, Perwakilan Diludah
Individu yang tidak dikenali (bulatan merah) yang didakwa
menimbulkan kekecohan sewaktu pemilihan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit
Bintang, hari ini. - Foto: Utusan Online
Mesyuarat dan Pemilihan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang
dicemari dengan insiden pergaduhan antara beberapa anggota Puteri dan Wanita
Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Kekecohan berlaku ketika proses pengiraan undi sedang
berjalan.
Loading...
Ia dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba
meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut.
Pergaduhan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum berjaya
dileraikan.
Menurut seorang perwakilan, kejadian berlaku apabila pintu
bilik pengiraan undi tiba-tiba ditutup.
Katanya timbul rasa tidak puas hati beberapa pihak sehingga
berlaku provokasi yang menyebabkan keadaan bertukar kecoh.
"Saya pelik kenapa pintu bilik undi tiba-tiba ditutup?
Seharusnya ia dibuka bagi kesemua orang dapat melihat proses itu dijalankan
secara telus,” katanya.
Seramai 74 perwakilan hadir ke mesyuarat dan pemilihan
Puteri bahagian tersebut.
- Bernama
Post a Comment