Header Ads

Pemandu Grab Ditemui Mati Dibunuh


GOMBAK - Seorang pemandu Grab dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam kereta miliknya di tempat letak kenderaan Taman Selayang Baru malam tadi.

Mangsa, Aiman Nosri, 27, ditemui pada pukul 8.20 malam dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihak polis menerima aduan daripada bapa tiri mangsa yang mengatakan kereta lelaki itu ditemui di kawasan letak kenderaan Taman Selayang Baru.

Loading...


“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama pengadu ke lokasi sebelum menemui mangsa dengan kesan melecet pada lehernya.

“Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan polis menjumpai dua buah telefon bimbit, namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan polis,” ujarnya.

No comments

Loading...