Header Ads

Pemaju TRX Lapor Polis RM3 Bilion Diseleweng 1MDB


Pemaju induk untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) hari ini membuat laporan polis berhubung pemindahan kira-kira RM3 bilion daripada dananya kepada 1MDB dalam masa 5 tahun.

TRX City Sdn Bhd (TRXC) yang dimiliki Kementerian Kewangan berkata, pemindahan itu dibuat berdasarkan arahan 1MDB dan “dilencongkan daripada kegunaan asalnya”.

“Sebanyak RM3 bilion dipindahkan daripada TRXC kepada 1MDB antara pertengahan 2012 sehingga awal 2017, semasa ia menjadi anak syarikat 1MDB, atas persefahaman ia akan dibayar semula kepada TRXC,” katanya dalam satu kenyataan, lapor FMT.

Loading...


Minggu lalu, kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk menyuntik RM2.8 bilion bagi menyiapkan projek TRX.

Menurutnya, keputusan itu diambil untuk mengurangkan kebimbangan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing “yang sudah melabur berbilion ringgit” dalam projek itu.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan wang TRX disalahgunakan 1MDB.

Sebaliknya, beliau berkata, kira-kira RM3 bilion pinjaman antara syarikat dibuat dari semasa ke semasa oleh TRXC kepada 1MDB dan ia dibayar balik 1MDB berkuatkuasa 31 Mac 2017, melalui gabungan bayaran tunai terhadap dividen yang dibayar TRXC kepada 1MDB.

TRX yang terletak di tanah seluas 70 ekar di tengah-tengah ibu kota, disebut-sebut akan menjadi pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa utama.

Ia adalah satu daripada 2 projek hartanah utama di bawah payung 1MDB dimiliki TRXC, satu lagi ialah projek pembangunan Bandar Malaysia di tanah seluas 486 ekar.

No comments

Loading...