Header Ads

PDRM, Innterpol jamin Jamal tidak akan terlepas


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berusaha mengesan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Loading...

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya yakin dapat menangkap Jamal yang kini dipercayai berada di Indonesia.

"Satu hari nanti kita dapat dia (Jamal) juga. Kerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis Indonesia masih berlangsung dan mereka membantu kita mengesan Jamal.

"Butiran siasatan saya tidak dapat berikan secara terperinci tetapi pemburuan terhadapnya masih lagi berterusan," katanya.

Jamal, 48, dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Pada 25 Mei lalu, beliau melarikan diri ketika proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri.

Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.


Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh

Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.

No comments

Loading...