Header Ads

PDRM digesa siasat kekayaan luar biasa Azmin

Raggie (tengah) memegang laporan polis yang dibuat berkenaan wujudnya konspirasi memerangkap Najib berhubung dana RM2.6 bilion.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kesahihan pendedahan sebuah blog, yang membongkarkan kekayaan luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sejak 2014.

Loading...

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pendedahan sebuah blog,dipercayai milik seorang pegawai Mohamed Azmin itu adalah perkara serius kerana kekayaan itu didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa semasa bertugas sebagai menteri besar.

“Saya minta PDRM menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Mohamed Azmin, isteri, adik ipar dan proksi datangnya rasuah yang diterima.

“Diharapkan mereka terbabit ini dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, Mohamed Azmin dan juga proksinya didakwa mempunyai akaun-akaun ini berjumlah jutaan dalam mata wang berbeza telah dibuka di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Dubai, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika.

Selain itu, blog itu turut mendakwa 47 akaun lain dibuka di atas nama isterinya, Shamsidar Taharin dan proksi Mohamed Azmin, Muhammad Gaddafi Kamal dengan 54 akaun.


“Ada 30 muka surat senarai akaun kekayaan luar biasa, ini satu dakwaan sangat serius yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor. Kita pun tahu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan di Selangor, beliau ada meninggalkan rizab negeri berjumlah RM1.6 bilion.

“Dalam masa sama kita tahu bagaimana pasir-pasir Selangor digondol sehingga menjejaskan alam sekitar,” katanya lagi.

No comments

Loading...