Header Ads

Pak Lah Hadir Rumah Terbuka Dr M


BEKAS perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi hadir majlis rumah terbuka Hari Raya Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.
Abdullah yang dilihat senyum tetapi enggan bercakap kepada pemberita, hadir bersama bekas presiden MCA Ong Tee Keat, lapor The Malaysian Insight.
Hanya mereka berdua dari Barisan Nasional (BN) yang dilihat hadir ke majlis itu.

Loading...

Abdullah adalah perdana menteri dari 2003 hingga 2009, mengantikan Dr Mahathir yang melepaskan jawatan selepas 22 tahun mentadbir.

Tidak lama selepas Abdullah mengambil alih, pendahulunya itu menyerang beliau dalam hal berkaitan pentadbiran negara. Abdullah tidak pernah sekali pun membalas serangan itu secara terbuka.

Abdullah diganti oleh Najib Razak, yang turut dikritik teruk oleh Dr Mahathir, sehingga membawa kepada peristiwa penarikan diri pemimpin veteran itu dari BN dan menyertai serta memimpin Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya 9 Mei.



Sebelum pilihan raya, Abdullah mengeluarkan kenyataan, meminta rakyat Malaysia agar mengundi untuk sebuah kerajaan yang stabil.


Beliau tidak menyebut BN atau PH, tetapi dilihat menentang PH, dengan berkata gabungan yang mempunyai “ideologi bertentangan dan berbeza yang hanya bersatu untuk tujuan merampas kuasa politik tidak membawa kebaikan kepada negara”. 

No comments

Loading...