Header Ads

Nilai Rampasan Dibuat Oleh Pakar - KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan pengiraan dan penilaian barang kemas yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu dibuat oleh pakar-pakar yang dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, nilai wang tunai dan barang kemas tersebut dianggarkan sendiri oleh pakar serta mengikut proses yang ditetapkan.


Loading...

“Yang menilai barangan tersebut bukan pegawai polis. Kita dapatkan bantuan pakar untuk bantu buat penilaian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

“Kita tidak nilai ikut suka hati kerana kita ada proses,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 13/2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan nilai wang tunai dan barang kemas serta beg tangan berjenama yang dirampas menerusi beberapa pemeriksaan terhadap premis yang berkaitan dengan Najib mencecah RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Bagaimanapun, Najib mendakwa anggaran nilai rampasan oleh PDRM itu adalah subjektif dan tidak realistik.

Jelas Najib, nilai barangan yang dirampas terutama barang kemas mungkin berbeza mengikut bahan yang digunakan, semasa barangan itu dihadiahkan atau dibeli.-

- Utusan Online

No comments

Loading...