Header Ads

Nilai Rampasan Cecah 1.1 Bilion


SENARAI barangan yang dirampas daripada kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Loading...

*Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion

*25 beg daripada 72 beg mengandungi barang kemas seperti cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya

sebanyak 12,000 barang.

*Jumlah pasaran barang kemas yang dirampas berharga kira-kira RM880 juta.

*Cincin sebanyak 2,200 unit, subang 2,800 unit, brooch (kerongsang) 1,600 unit, tiara (14 unit)

*Barang paling berharga adalah seutas rantai emas 'white diamond necklace' berharga RM6.4 juta


*Sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel berharga kira-kira RM51.3 juta

*Sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.

No comments

Loading...