Header Ads

'Nak Ditelan Pahit, Nak Dibuang Sayang, Jadi Kita Kulum Saja' - Adnan Yaakob


KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui jawatan presiden UMNO yang bakal dipegang dalam penggal akan datang merupakan jawatan paling kritikal.

Katanya, setakat ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai individu paling berwibawa untuk mengemudi parti keramat itu.

"Kita tengok Datuk Seri Zahid, kalau saya jadi dia, takkan saya nak berundur pula? Kalau dia berundur dan kita ada calon berwibawa tak apa juga.

"Dalam keadaan sekarang ni, kita pun dalam keadaan rasa bersalah.

Loading...


"Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang, jadi kita kulum saja," katanya sambil berjenaka dalam sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelas beliau, kalau dilihat dari segi teknikal, ramai yang layak malah ia bergantung kepada kesanggupan seseorang individu.

"Pemilihan kali ni tak ada apa nak rebut pun. Jadi Presiden parti pun bukan boleh jadi Perdana Menteri.

"Kalau bagi saya jadi Presiden secara percuma pun saya tak mahu, bukannya senang!

"Minta maaf cakap la, perkara nombor satu ialah belanja (dana)," katanya lagi.

Bagi Pemilihan UMNO kali ini, Badan Perhubungan UMNO Pahang bersetuju mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Katanya, UMNO negeri turut mencalonkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin; Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; dan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamed menawarkan diri bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

"Bagaimanapun, saya dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memilih untuk tidak bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan parti kali ini.

"Mereka dicalonkan kerana menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka juga rapat dengan akar umbi.

"Calon ini diharap akan membantu parti dalam keadaan sekarang (UMNO) menjadi pembangkang di Persekutuan," katanya lagi.

- Astro Awani

No comments

Loading...