Header Ads

Najib: 'Sebagai Bekas PM, Saya Patut Dilayan Dengan Baik'


Datuk Seri Najib Razak berharap sebagai bekas perdana menteri beliau diberikan layanan baik tetapi serbuan polis terpaksa dihadapinya.

Dalam wawancara dengan Reuters minggu ini, beliau mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha memalukannya dan merosakkan legasinya.

“Orang berharap seseorang bekas perdana menteri dilayan dengan dekorum. Sebaliknya saya berdepan serbuan [polis] dan macam-macam lagi,” katanya.


Loading...

Memetik portal Malay Mail, Najib berkata, kerajaan juga menyekatnya ke luar negara, menyiasatnya berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan barangan kemas keluarganya dirampas.


Sewaktu bercuti di sebuah hotel di Langkawi baru-baru ini, menurut agensi berita itu lagi, anggota polis berpakaian biasa masih mengawasinya.

“Saya tidak pernah termimpi untuk mengalami nasib ini,” kata Najib.

“Kasut cucu saya juga dirampas. Di apartmen anak saya, jam murah pembantunya juga diambil [polis]. Apa kena-mengena dengan siasatan 1MDB?”

“Mereka mahu merosakkan imej saya di mata orang ramai,” tambahnya, yang menegaskan beliau tidak wajar dipersalahkan atas skandal besar itu.

Di pulau peranginan itu, dengan membawa banyak bagasi, Najib dan keluarganya didakwa ingin melarikan diri dari Malaysia.

Namun beliau menafikannya dan menegaskan ingin membersihkan nama baiknya.

“Ini semua kempen kebencian... Mereka keluarkan pelbagai tohmahan jahat untuk memalukan saya dan kerajaan [dulu]. Malangnya selepas beberapa ketika, ia berjaya menukar tanggapan orang ramai,” katanya lagi.

No comments

Loading...