Header Ads

Najib nak isytihar dana pilihan raya, pembangkang tolak


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihan raya dilakukan secara telus namun ditolak pembangkang ketika itu.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.

Loading...

Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya.

Najib berkata, beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihan raya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu.

“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.

“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini telah menjadi kerajaan,” luah Najib.

Menurut beliau, mereka menolaknya kerana pemberi sumbangan ingin identiti dirahsiakan.

“Saya syak kerana mereka tidak mahu dikenali kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan memberi kekurangan kepada mereka.

“Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala.

“Saya juga bercakap dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.


“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.

No comments

Loading...