Header Ads

Najib Mungkin Ditangkap Minggu Depan



Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dijadual mengadakan satu lagi sidang akhbar mengenai barang-barang yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan, kata sumber.

Ditanya jika ini menunjukkan Najib mungkin ditangkap pada minggu depan, sumber berkata: "Mungkin pada masa itu, bergantung dengan perkembangan siasatan."

Memetik laporan Malaysiakini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Jakarta semalam menjangkakan Najib akan didakwa tidak lama lagi berkaitan skandal 1MDB.

"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah.

"Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," kata beliau.

Pada hari Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh memberitahu wartawan barang kemas, jam tangan dan beg tangan mewah yang disita dianggarkan harga runcitnya sekitar RM1 bilion.

Najib bagaimanapun menyifatkannya sebagai subjektif dan tidak realistik dan juga mendakwa kebanyakan barangan itu merupakan hadiah yang diterimanya. – Malaysian Update

No comments

Loading...