Header Ads

Najib Masih Mampu Tersenyum Ceria


PETALING JAYA - Walau terpalit kontroversi dan skandal SRC International Sdn Bhd dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) namun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mampu tersenyum ceria.

Hari ini, Najib dan anak bongsunya, Ashman Najib hadir ke Malaysiakini untuk sesi temubual eksklusif.

Najib berkemeja biru muda berada di organisasi media itu kira-kira jam 12 tengah hari dan meninggalkan premis itu pada jam 2 petang.


Loading...

Difahamkan Ahli Parlimen Pekan itu diwawancara berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, 1MDB, kekalahan PRU14  dan skandal rampasan wang, barang kemas serta tas tangan mewah dari kediaman peribadinya.

Awal hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam sidang medianya berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan berhubung skandal 1MDB.

Amar Singh turut mengumumkan nilai rampasan dari kediaman Najib di Langgak Duta dan rumah anak-anaknya di Pavilion Residences berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion yang kini disimpan di Bank Negara Malaysia.



Manakala, JSJK juga masih menyiasat kaitan dokumen-dokumen yang dirampas berkenaan skandal 1MDB.

Sejak semalam, rumah Najib dan Rosmah di Jalan Langgak Duta kembali dipenuhi petugas media tempatan dan antarabangsa yang menanti sekiranya pihak berkuasa bertindak sesuatu ke atas dua individu ini.

No comments

Loading...