Header Ads

Najib mahu pimpinan baharu sayap Umno galas tanggungjawab


KUALA LUMPUR - Bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap Umno yang dipilih memegang jawatan pada pemilihan parti itu.

Loading...

Bekas perdana menteri itu berharap, pemimpin memenangi jawatan itu dapat mengalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

“Tahniah kepada sayap-sayap Umno dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan. Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya,” kata Najib dalam catatan Twitter beliau malam ini.


Pemilihan sayap Umno itu menyaksikan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyandang jawatan Ketua Pemuda; Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad Ketua Wanita; dan bekas Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan Ketua Puteri Umno yang baharu. - Bernama

No comments

Loading...