Header Ads

Najib Anyam Ketupat Di Pekan


PEKAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan Ramadan terakhir bersantai bersama keluarga dan penduduk Pekan, Pahang.
Ahli Parlimen Pekan itu, pagi tadi meninjau RTC Pahang dengan bertemu masyarakat setempat yang sedang sibuk membuat persiapan akhir menjelang Aidilfitri esok.

Loading...

Dalam beberapa gambar dikongsikan di Facebook, beliau tetap menjadi tumpuan orang ramai yang ingin berswafoto dengannya.
“Alhamdulillah ceria-ceria semua,” antara catatat ringkas di Facebooknya.
Kehadiran beliau ke Pekan ditemani anak dan menantunya, Norishman, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.
Najib juga tidak ketinggalan menganyam ketupat yang merupakan makanan tradisi setiap kali menjelang Syawal.

“Raya dekat Malaysia kena ada ketupat, memang tradisi kita. Ketupat ada banyak jenis, tadi di Kampung Pulau Keladi saya anyam ketupat bawang. Siapa tahu jenis ketupat dan macam mana nak anyam?,” katanya.
Selepas itu, beliau turut membawa keluarganya melawat rumah kelahiran Allahyarham Tun Razak di Kampung Pulau Keladi.
- Sinar Harian

No comments

Loading...