Header Ads

Musa Safri Belum Disoal Kes Bunuh Altantuya – Fuzi


KUALA LUMPUR — DSP Musa Safri masih belum lagi dipanggil memberi keterangan berhubung kes bunuh Altantuya Shaariibuu, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua polis negara berkata walaupun telah bersara, namun bekas polis pengiring Datuk Seri Najib Razak itu merungut ketika ditanya sama ada masih berada dalam negara.


Loading...

“Biar kami sambung siasatan kes ini terlebih dahulu,” katanya mengulas kes pembunuhan wanita Mongolia itu pada 2006 yang dibuka semula siasatannya.

Minggu lalu, Setev Shaariibuu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi menuntut polis membuka semula kertas siasatan kematian anak perempuannya itu.

Altantuya dibunuh dan diletupkan dengan kelengkapan letupan tentera di sebuah hutan di Mukim Bukit Raja, Klang, pada 2006.

- ProjekMM

No comments

Loading...