Header Ads

Mukhriz terima kunjungan Duta Besar Perancis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) bersalam dengan Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche yang mengadakan kunjungan hormat di Wisma Darul Aman. - Foto Ihsan Pejabat Mb Kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menerima kunjungan hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche, di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Loading...

Kunjungan Frederic selama sejam itu adalah pertemuan pertama sejak Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar pada 11 Mei lalu.

Pejabat Menteri Besar, dalam satu kenyataan, memaklumkan kedua-dua mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk ruang kerjasama dalam pelaburan, sosial dan budaya.

"Menteri Besar juga menawarkan potensi pembabitan pelabur menerokai peluang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan Bandaraya Getah di Padang Terap yang bakal dibangunkan.


"Antara bidang yang disentuh adalah peluang kerjasama dalam pendidikan serta latihan kemahiran dalam industri dan teknologi," katanya.

No comments

Loading...