Header Ads

Muhyiddin: Isu Pelantikan Peguam Negara Diselesaikan Ikut Perlembagaan


KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu pelantikan Peguam Negara diselesaikan mengikut Perlembagaan yang telah ditetapkan.

Muhyiddin berkata, pihaknya berharap perkara ini tidak berlarutan dan dapat diselesaikan mengikut kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pihak Istana, lapor Kosmo.


Loading...

"Bagi pihak kementerian, kita memberi sokongan penuh kepada Tun Dr. Mahathir kerana kita tahu perkara ini merupakan satu langkah yang penting untuk menentukan proses undang-undang pada masa hadapan.

"Jadi, saya berharap isu ini tidak berlarutan dan dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar sempena Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan langkah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencalonkan seorang peguam kanan, Tommy Thomas sebagai calon tunggal Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

No comments

Loading...