Header Ads

MP Bagan Serai Keluar Umno, Sokong Dr Mahathir


Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar daripada Umno bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kerajaan negeri dan Pakatan Harapan.


Loading...

"Saya dengan ini umumkan, bahawa mulai saat ini saya keluar dari Umno dan BN, dan isytiharkan sokongan saya kepada Tun M dan kerajaan Pakatan Harapan (dan) MB Perak, Faisal Azumu,"  kata Azmi pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian.

Noor Azmi berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas buat masa sekarang dan merancang akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

No comments

Loading...