Header Ads

Loading...

Mohd Amar: SPRM Tak Perlu Siasat AKSB


Kelantan berpendapat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat dakwaan ketirisan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

"Kita sendiri ada melakukan audit dan Jabatan Audit Negara juga akan membuat perkara sama bagi mengenal pasti sebarang kelemahan atau sebaliknya, sebelum hasil laporan dikeluarkan.

Loading...


"Justeru, kita akan mengambil tindakan susulan hasil laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara, tidak perlulah SPRM nak siasat," katanya kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan, Asran Alias, yang meminta SPRM membuat siasatan secara telus terhadap AKSB kerana didakwa berlaku ketirisan.

Katanya, walaupun sudah ratusan juta dana sudah diberikan kepada BN sebelum ini, namun masalah air tetap berlaku dan menjadi masalah besar kepada penduduk Kelantan.

Sementara itu tambah Mohd Amar, beliau beranggapan apa yang berlaku melibatkan masalah pengurusan.

Sebaliknya tegas beliau, tiada aktiviti salah laku rasuah seperti yang didakwa.

"Saya merasakan apa yang berlaku membabitkan masalah pengurusan bukannya aktiviti salah laku rasuah sebagaimana yang didakwa," katanya.

Pemuda Parti Amanah negara (AMANAH) Kelantan pada 28 Mei lalu telah membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu.

AKSB membawa isu itu ke mahkamah.

- Malaysiakini

No comments

Loading...