Header Ads

Mohamed Azmin Sedia Disiasat Dakwaan Kumpul Lebih RM300 Juta


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak tuduhan bahawa beliau dan sekutunya mempunyai lebih RM300 juta yang disembunyikan di luar negara.

Bercakap kepada media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri hari ini, bekas menteri besar Selangor itu menyifatkan tuduhan itu sebagai 'politik kotor'.

Azmin berkata sekiranya dirinya seorang yang kaya raya, beliau tidak perlu lagi menjadi seorang ahli politik.

Loading...


"Saya tak nak layan politik kotor.

"Kalau saya ada lebih RM300 juta, saya tidak ada lagi dalam Keadilan (PKR), betul?" katanya.

Sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada tahun 2009, beliau berkata, pemimpin Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat telah menjadikan amalan untuk mengiystiharkan harta mereka.

Azmin berkata demikian merujuk kepada tuduhan yang dibuat oleh blogger  'Toyol Of Selangor' yang mendakwa telah bekerja untuk beliau ebelum ini.

Blogger itu mendakwa dalam tulisan di blog pada 18 Jun lalu bahawa Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin mempunyai banyak akaun bank di luar negara.

No comments

Loading...