Header Ads

MCA Persoal Mahathir Tak Kaji Perjanjian Air Dengan S'pura Dulu


Jurucakap publisiti MCA, Ti Lian Ker mempersoalkan sebab Dr Mahathir Mohamad tidak menyemak semula syarat-syarat perjanjian air Malaysia dengan Singapura semasa menjadi perdana menteri kali pertama dahulu.

Ti memaklumkan, perjanjian itu dibenarkan untuk disemak semula di antara tahun 1986 hingga 1987.

"Terdapat peluang yang mencukupi bagi Malaysia untuk mengkaji semula perjanjian air semasa tempoh Mahathir (jadi PM) pada tahun 1986 dan 1987, tetapi ia tidak dapat difahami mengapa beliau tidak melakukannya.


Loading...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama Channel News Asia semalam berkata penjualan air mentah ke Singapura pada harga 3 sen setiap 1,000 gelen sebagai "tidak masuk akal" .

Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1960-an itu menghendaki Singapura pula menjual air yang dirawat kepada Malaysia pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.

Bagaimanapun, Mahathir berkata kajian semula air itu tidak menjadi keutamaan pentadbirannya pada masa ini dan beliau hanya mengulas isu berkenaan kerana ditanya mengenai perkara itu semasa wawancara itu.

Ti juga berkata MCA lebih memilih perjanjian yang lebih saksama dengan Singapura.

"MCA berharap Singapura dapat bertindak wajar untuk membolehkan harga air diselaraskan supaya kedua-dua negara dapat memperolehi manfaat.

"Kami percaya Singapura mempunyai kematangan agar tidak mengikut ancaman yang pernah dibuat bekas perdana menteri Lee Kuan Yew untuk menghantar tentera ke Malaysia berhubung perbezaan pendapat mengenai bekalan air," katanya.

- Malaysiakini

No comments

Loading...