Header Ads

MB Kelantan jumpa Tun Mahathir

Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Tun Mahathir ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri di Perdana Putra, hari ini. - Foto Facebook Tun Mahathir Mohamad

KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra, hari ini.

Loading...

Turut bersama dalam pertemuan itu, Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mohd Amar berkata, kunjungan hormat itu dibuat antara lain membincangkan hubungan antara negeri dan Pusat berasaskan konsep Persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga meminta mana-mana projek yang telah diberi kelulusan dapat diteruskan untuk kepentingan rakyat.

“Kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih atas kesediaan Pusat memberi royalti petroleum kepada Kelantan,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, pihaknya merancang mengadakan perjumpaan dengan Tun Mahathir selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.


Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengadakan kunjungan hormat bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Tun Mahathir, Ramadan lalu.

No comments

Loading...