Header Ads

Maut dihempap jentera penggelek


PEKERJA ladang maut selepas jentera penggelek dipandunya terbabas dan terbalik, sebelum dihempap kenderaan berat itu di Jalan Miri-Bintulu, Miri, semalam.

Loading...

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Ahmad Jeffri, 19, yang berasal Indonesia ditemui pekerja lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu jentera berkenaan sebelum hilang kawalan.

Menurutnya, ia mengakibatkan jentera berkenaan terbalik di kawasan curam sebelum menghempap mangsa.

"Mangsa disahkan maut serta-merta akibat parah di kepala dan badan," katanya.

Katanya, mayat mangsa dikeluarkan oleh pekerja ladang lain yang kemudian menghubungi polis.


"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments

Loading...