Header Ads

Mat Sabu bakal lawat Cox's Bazar


KEMENTERIAN Pertahanan akan melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh awal bulan depan.

Loading...

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, pada lawatan itu, pihaknya turut membawa kemudahan logistik termasuk bantuan perubatan, khemah, serta bahan makanan.

Katanya, dalam lawatan itu, kira-kira 60 petugas yang berkhidmat di sana akan diraikan dalam majlis sambutan Aidilfitri.

“Kita akan bertolak pada awal pagi, 4 Julai ini menggunakan pesawat tentera. Pesawat ini mempunyai kapasiti kargo yang luas dan boleh memuatkan pelbagai bantuan yang mahu disalurkan kepada kem pelarian berkenaan.

“Oleh itu, orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya kepada Biro Kebajikan Parti Amanah Negara (PAN). Bantuan berbentuk makanan seperti coklat, gula-gula dan roti amat dialukan,” katanya ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PAN dan Parlimen Shah Alam di Shah Alam, hari ini.


Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub; Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun.

No comments

Loading...