Header Ads

Malaysia akan pastikan Laut China Selatan aman

Mohamad Sabu berkata demikian ketika wawancara khas di Wisma Pertahanan.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil pendirian tidak berpihak ketika ketegangan yang semakin memuncak di Laut China Selatan.

Loading...

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, dalam isu ini beliau telah bercakap dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis, mengenai hasrat Malaysia supaya penyelesaian secara damai diambil dan mengekalkan Asia Tenggara zon bebas konflik bersenjata.

"Saya telah mengadakan pertemuan denganya di Singapura, beliau (James) menawarkan untuk terus bekerjasama dengan Malaysia dalam soal latihan ketenteraan.

"Saya juga menyatakan permintaan Malaysia untuk tidak membiarkan Laut China Selatan menjadi kawasan konflik," katanya dalam wawancara khas di Wisma Pertahanan.

Dalam pertemuan itu, Mohamad turut menjelaskan, Laut China Selatan dan selat Melaka adalah kawasan penting untuk aktiviti perdagangan serantau dan global.

Mengulas ucapan Mattis yang boleh dianggap sebagai peringatan keras kepada China, Mohamad percaya isu itu dapat diselesaikan di meja rundingan.


"Saya fikir konflik dapat dielakkan dan sebarang perbezaan dapat diselesaikan di meja rundingan. Kita perlu mengelakkan konflik bersenjata di Laut China Selatan.

"Saya harap keadaan tegang ini tidak akan dipindahkan ke Laut China Selatan dan Malaysia mesti memainkan peranan yang aktif untuk memastikan keamanan di Laut China Selatan.

"Kita semua tahu bahawa selat Melaka dan kawasan berhampiran adalah laluan perdagangan tersibuk di dunia kerana aktiviti perdagangan melibarkan China dan Arab," katanya.

-sinar harian

No comments

Loading...