Header Ads

Lokasi Jamal sudah dikenal pasti - Muhyiddin


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti lokasi sebenar Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Indonesia selepas selepas menghilangkan sejak 25 Mei lalu.

Loading...

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah meminta kerjasama pihak berkuasa di Indonesia bagi membawa balik Jamal.

"Kita sudah bekerjasama dengan Polis Indonesia dan semuanya berjalan lancar.

"Mereka (Polis Indonesia) juga sudah berikan bayangan tindakan susulan untuk menahan Jamal. Kita akan ambil tindakan dan bawa beliau balik ke Malaysia," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.


Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

No comments

Loading...