Header Ads

Lima pekerja akhbar maut

POLIS mengawal ketat lokasi kejadian tembakan rambang di Annapolis. Foto REUTERS

SEKURANG-KURANGNYA lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette yang berpangkalan di Annapolis, semalam.

Loading...

Menurut polis, suspek yang bersenjata senapang atau senapang patah adalah lelaki kulit putih dan dia sudah ditahan bagi disoal siasat.

Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu.

Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David dalam mesej di Twitter menceritakan mengenai seorang lelaki menembak menerusi pintu kaca pejabat itu ke arah beberapa pekerja.

“Tiada apa yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika kamu berada di bawah meja dan kemudian kamu mendengar penembak mengisi peluru ke dalam senapangnya,” kata Davis.

Pemangku ketua polis daerah Anne Arundel, Bill Krampf pada sidang media berkata, setakat ini, lima mangsa dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis, Leftenan Ryan Frashure berkata, tiga lagi mangsa dilaporkan cedera.

Eksekutif daerah Anne Arundel, Steve Schuh ketika memberitahu CNN pula berkata, suspek tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan setakat ini mereka masih gagal mengesahkan identitinya.


Dalam pada itu, Krampf berkata, pihak polis berjaya menemui dan menghapuskan bahan letupan yang dipercayai dipasang suspek pada bangunan setinggi empat tingkat terbabit.

Pada masa sama, katanya, 170 kakitangan yang berada di dalam bangunan itu juga berjaya dibawa keluar dari bangunan itu dengan selamat.

No comments

Loading...