Header Ads

‘Lautan’ Ketum Di Felda Mata Ayer


PADANG BESAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar merampas 787 kilogram daun ketum bernilai RM62,000 hasil serbuan di sebuah rumah di FELDA Mata Ayer di sini, kelmarin.

Komander AKSEM Perlis Syed Basri Syed Ali berkata, serbuan jam 11 malam Khamis lalu hasil risikan serta maklumat awam.

Loading...


“Hasil serbuan, kami menemui ratusan bungkusan plastik berisi daun ketum berselerak di atas lantai stor rumah terbabit.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan, tiada sesiapa di lokasi itu,” katanya, semalam.

Syed Basri berkata, daun ketum itu dipercayai dalam proses untuk diseludup ke negara jiran.

“Kami sudah mengenal pasti dalang utama kegiatan ini dan yakin menahan individu terbabit tidak lama lagi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan daun ketum berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan lanjut.

No comments

Loading...