Header Ads

Kuah dal 'beracun' ragut 5 nyawa


GARA-gara tidak tahan dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita di India didakwa membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis masuk rumah baru.

Loading...

Kejadian dipercayai berlaku di Mahad dalam daerah Raigad pada 18 Jun lalu.

Polis berkata, tertuduh, Pradnya Survase dari Khalapur, berniat membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang biras kerana mereka sering mengejek kemahiran memasaknya.

Survase didakwa mencampurkan racun ular ke dalam kuah dal yang kemudian dihidangkan kepada tetamu.

Susulan itu 88 tetamu lain yang hadir ke majlis tersebut turut dirawat di hospital.

Jurucakap polis Vishwajeet Kaingade memberitahu Hindustan Times bahawa tertuduh mendakwa sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.

Survasi yang bercerai dengan suami pertamanya, juga percaya saudara-mara telah merosakkan perkahwinan keduanya.

Difahamkan, kira-kira 120 tetamu dijemput ke majlis tersebut yang diadakan bermula pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Namun tetamu yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian.


Ujian forensik mendedahkan wujud racun perosak dalam kuah dal dan racun itu dijumpai berhampiran rumah.

Survase didakwa atas tuduhan membunuh, konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Jika disabit bersalah, Survase boleh dikenakan hukuman mati.

No comments

Loading...