Header Ads

Ku Li mahu pimpin Umno tiga tahun sahaja


KOTA BHARU - Calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hanya mahu memimpin parti itu selama tiga tahun sahaja sebelum diserahkan kepada pemimpin muda.

Loading...

Tengku Razaleigh berkata, berilah peluang kepadanya dalam tempoh itu untuk melakukan perubahan di dalam parti selepas rakyat memberikan mesej jelas dalam PRU14 lalu.

“Bagi masa kepada ambo tiga tahun... saya nak tawar diri untuk tiga tahun lepas itu saya serah kepada orang muda,” katanya kepada media sebentar tadi.

Beliau ditemui sempena Sesi Ramah Mesra Bersama Tengku Razaleigh Hamzah di Hotel Grand River View di sini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga berkata, membuat perubahan ketika mana Umno sedang dipandang serong ini satu cabaran yang hebat baginya dan bukan kerja mudah.


Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin terbaik perlu dipilih pada pemilihan kali ini yang sekaligus mampu membentuk kumpulan ‘bersih’ dan boleh diterima rakyat.

No comments

Loading...