Header Ads

KM Sarawak Kunjungi PM Lepas Tinggalkan BN


Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir di kediaman rasmi Perdana Menteri dalam suatu majlis.

Ini merupakan pertemuan pertama Abang Johari dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memimpin gabungan parti pemerintah di Sarawak keluar daripada BN bagi membentuk Gabungan Parti-parti Sarawak.

Loading...


Membuat hantaran di Facebook, Abang Johari berkata pertemuan petang ini atas undangan Dr Mahathir bagi menyambut sambutan tertangguh Pesta Gawai.


"Menghadiri Jemputan Gawai Raya Kaamatan di kediaman rasmi YAB PM Tun Mahathir bersama rakan-rakan kabinet Sarawak dan Sabah," catat hantaran Facebooknya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.



Selepas keluar BN awal bulan ini, Abang Johari berkata GPS akan kekal sebagai pembangkang tetapi bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) baru dalam isu-isu tertentu.


Turut hadir pimpinan dari Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Datuk Jaujan Sambakong.

Sabah dipimpin muafakat antara WARISAN dan HARAPAN serta Upko, yang keluar daripada BN selepas pilihan raya umum 9 Mei.

No comments

Loading...