Header Ads

KJ Mengaku 1MDB Punca Umno Tumbang

Foto: NST

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui parti keramat Melayu itu tumbang kerana kegagalan menteri terdahulu menegur Presidennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang skandal 1MDB.

Khairy berkata, barisan kepimpinan tertinggi gagal menuntut penjelasan berhubung skandal  kewangan tersebut hingga mengakibatkan BN berdepan kekalahan teruk pada 9 Mei lalu.

Loading...


“Kami terlepas satu peluang, kami semua untuk menyakinkan mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” katanya kepada South China Morning Post.

Menurutnya, parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015.

Pada 15 Mei lalu, Khairy dalam satu wawancara mengakui kesal kerana parti mengabaikan suara akar umbi yang mula dikesan menolak mereka selepas dua pemimpin kanan parti disingkirkan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Najib kini berhadapan siasatan dakwaan terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu.

Beliau bagaimanapun menafikan sebarang dakwaan salah laku.

- Sinar Harian

No comments

Loading...