Header Ads

KJ Menang Tanpa Bertanding


REMBAU - Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau, sekali gus mengekalkan jawatannya sebelum ini.

Manakala bagi jawatan Ketua Umno Bahagian, yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Mohamad Hasan, bakal berdepan pertandingan dua penjuru apabila mantan Adun Chembong, Datuk Rais Zainuddin juga berminat untuk merebut jawatan tersebut.

Loading...

Bagi jawatan Puteri Umno Bahagian, Nurulhuda Mohd Nor dilantik sebagai Ketua Puteri yang baharu, mengantikan Zuliana Mohd Ridzuan yang sudah melebihi had umur.

Jawatan Ketua Wanita Umno bahagian pula, kekal dengan penyandangnya Siti Arpah Mohd Som yang menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian, berdepan pertandingan tiga penjuru antara Penolong Setiusaha Pemuda Umno Bahagian Rembau, Suhaimi Aini, Muhd Hanapi Mohd Taib, dan Mohd Khalid Sakimin

Seramai 1,500 perwakilan Umno Bahagian Rembau hadir ke mesyuarat persidangan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi tadi.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

No comments

Loading...