Header Ads

Kita Di Landasan Yang Betul, Kata Tun Mahathir


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melalui postingnya di Instagram menyentuh mengenai keadaan negara secara keseluruhan.

Dr Mahathir berkata keadaan negara sekarang berada di landasan yang betul, meskipun negara ketika ini sedang berdepan dengan masalah beban kewangan dengan hutang melebihi 1 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Loading...


Beliau memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang merenung Masjid Putra, Putrajaya dengan kapsyen "Kita di landasan yang betul. Malaysia bergerak ke hadapan."

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on


Meskipun ketika ini indeks penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) mencatat kejatuhan, Dr Mahathir melalui akaun rasminya @chedetofficial menzahirkan keyakinan terhadap prestasi Malaysia yang kini menuju ke arah yang lebih baik.



Penganalisis berpendapat Malaysia yang kini memasuki faktor fasa peralihan sejak kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 dan juga isu luaran seperti perdagangan antara Amerika Syarikat dan China menjadi penyumbang kepada arah aliran penurunan ketika ini. – Malaysian Update

No comments

Loading...